Pelbagai Pilihan....Aneka corak dan citarasa

Kini mudah diperolehi...dinikmati....dan penuh rasa memikat...

Kek Lapis

KEK LAPIS SARAWAK terkenal sebagai kek lapis moden yang dibangunkan secara komersil dan dipasarkan di Sarawak pada awal 1990an.

Kek ini amat unik dengan reka bentuk dan corak yang rumit, warna-warna yang ceria, sedap dan lazat dengan kelainan rasa yang berbeza ditambah sama ada dengan keju, badam, prun, kismis, gajus, coklat atau pandan. Kesabaran dan ketekunan diperlukan dalam menghasilkan corak-corak yang menarik pada kek lapis sarawak. Inilah keunikan kek lapis sarawak dengan seni dan kreativiti maka terhasilkan corak kek yang indah dan cantik.

Kek ini amat sesuai dihidangkan atau diberikan sebagai hadiah untuk musim perayaan, majlis khas, majlis perkahwinan atau sebagai cenderahati.

Kini, untuk menikmati kek lapis Sarawak yang terkenal amat mudah kerana Asian Taste menghasilkan kek lapis ini dengan memasak terus dari oven kami di Asian Taste Shah Alam. Asian Taste menghasilkan lebih dari 30 jenis kek lapis pelbagai jenis untuk pilihan semua dengan pilihan kek yang disediakan seperti kek dalam kek, swiss roll dan kek lapis biasa. Antara kek lapis yang dipasarkan adalah seperti lapis masam manis, lapis evergreen, lapis chocolate cheese, lapis strawberry prune, lapis madu belang, lapis rempah dan lain-lain lagi.



Bahan-bahan yang digunakan dalam proses pembuatan kek lapis Asian Taste dipastikan kebersihan dan kesuciannya dalam memberi keyakinan kepada pengguna akan kualiti dan kesucian kek yang dihasilkan. Asian Taste sentiasa memantau proses pembuatannya serta bahan-bahan yang digunakan dalam memastikan kek lapis yang dikeluarkan adalah bersih, suci dan selamat dimakan.

Kami menerima sebarang tempahan samada untuk majlis keramaian, musim perayaan atau sebagai hadiah kepada tetamu. Untuk membuat tempahan dan mendapatkan corak-corak yang diinginkan bolehlah menghubungi kami di keklapis.my@gmail.com atau hubungi 017-3097890 (Sham).
Untuk keterangan bagi menjadi agen/pengedar kami, sila KLIK!!

No comments:

Post a Comment