Pelbagai Pilihan....Aneka corak dan citarasa

Kini mudah diperolehi...dinikmati....dan penuh rasa memikat...

Wednesday, May 21, 2014

Ramadhan Bakal Menjelang

Ramadhan bakal tiba. Dalam beberapa hari lagi bulan mulia iaitu Ramadhan Kareem akan menjelma. Pasti ramai yang sedang bersiap sedia untuk menyambut bulan penuh keberkatan ini dengan memenuhinya dengan amalan wajib serta memenuhi malamnya dengan amalan sunat tarawikh serta tahajud selain bertilawah al-quran. 

Suasana di sekitar bandaraya kelihatan orang dah mula sibuk untuk menguruskan persiapan menyambut Ramadhan dan seterusnya sambutan Syawal. Ramai yang sudah beria-ia membuat tempahan kain baju, langsir, kuih-muih dan pelbagai lagi dalam memeriahkan sambutan mereka. Ramai yang melakukannya sebelum Ramadhan menjelma dengan harapan pada bulan berkenaan tidak akan berlaku sebarang kesulitan seperti tiada lagi terima tempahan dan belian pada minit-minit akhir menjelang perayaan.

Pada bulan ini jugalah kita lihat pelbagai aktiviti perniagaan mula aktif terutamanya pasar juadah (bazar Ramadhan). Ramai yang ambil kesempatan menambahkan ruang rezeki mereka pada bulan ini dan memang ramai yang berjaya mengumpulkan pendapatan sepanjang bulan ini. Tidak kurang juga rakan-rakan pejabat samaada kerajaan ataupun swasta yang terlibat secara langsung dalam perniagaan bermusim ini dengan mengemukakan cadangan kuih-muih untuk tempahan bulan perayaan. Pelbagai pilihan disediakan (waktu ni lah nak 'test' kuih-muih tu, nanti dah puasa tak boleh nak cuba mana tahu ok ke tidak kuih tu kan). Apa-apa pun kami ingin menasihatkan diri kami juga untuk berbelanja mengikut keperluan.

Seperti musim-musim sebelum ini juga, Asian Taste menawarkan kepada semua untuk membuat tempahan awal untuk Kek Lapis Sarawak. Tempah awal bagi mengelakan sebarang kekecewaan kelak. JOM lihat katalog ini.....


Kami juga ingin menawarkan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi agen kami seterusnya menambahkan pendapatan mereka bolehlah menghubungi kami (017-3097890) untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh memperolehi pendapatan sampingan antara 20% - 40%. Kami sedia membantu anda untuk menjalankan perniagaan ini dan memulakan perniagaan tanpa modal yang pasti memberikan hasil yang lumayan.