Pelbagai Pilihan....Aneka corak dan citarasa

Kini mudah diperolehi...dinikmati....dan penuh rasa memikat...

Wednesday, January 14, 2015

Pengesahan HALAL

Selamat Sejahtera Semua,

Terima kasih kerana masih lagi bersama dengan Asian Taste. Sokongan tanpa berbelah bagi dari semua rakan amat dihargai.

Beberapa hari yang Asian Taste - Kek Lapis Sarawak telah mendapat berita yang menggembirakan iaitu produk-produk Kek Lapis Sarawak yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh dapur kek lapis Asian Taste telah menerima Sijil Pengesahan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).

MS 1500 : 2009
1097-09/2012

Dengan pengesahan HALAL ini akan memberikan lebih keyakinan kepada pengguna untuk mengguna/mendapatkan produk yang diyakini bersih dan selamat dimakan.

Bagi para agen KLS Asian Taste, anda boleh terus membuat pesanan dengan menghubungi kami untuk mendapatkan / membuat pesanan kek lapis sarawak yang dimasak segar dari dapur kami di Shah Alam.