Pelbagai Pilihan....Aneka corak dan citarasa

Kini mudah diperolehi...dinikmati....dan penuh rasa memikat...

About Us

Asian Taste

Diuruskan oleh SDinamik Impex Sdn Bhd, anak syarikat SD Associates Venture Berhad. Di bawah jenama Asian Taste juga terdapat perkhidmatan penyediaan makanan (restoran/kafe/kiosk/katering) dan antara produk makanan yang dihidangkan adalah seperti Satay Asian Taste, Laksa Sarawak, Mee Kolok, Sup Ayam Kampung Power, Mee Malindo dan lain-lain menu dengan bercirikan citarasa Asia. Asian Taste turut menyajikan masakan nasi lemak berlauk seperti ayam masak merah, ayam rendang, daging sore dan sambal paru.


Sehingga kini, Asian Taste telah membuka sebanyak 4 buah cawangan restoran iaitu di Klang (Harbour Place Mall), Shah Alam (Pusat Dagangan UMNO Shah Alam), Ampang (Pusat beli-belah Axis Atrium @ Pandan) dan Bintulu (Kemena Commercial Centre). Pada bulan Oktober 2014, Asian Taste akan membuka satu lagi cawangan restoran yang bertempat di Miri, Sarawak.

Asian Taste juga telah mendapat penarafan halal untuk rangkaian restoran dan produk hasilan dari dapur utama (beroperasi di Pusat Dagangan UMNO Shah Alam).



Asian Taste juga menerima tempahan untuk perkhidmatan katering atau untuk pelbagai majlis pada kadar harga yang istimewa.

Asian Taste juga mengeluarkan sendiri produk Kek Lapis Sarawak dengan pelbagai pilihan untuk anda nikmati. Kek lapis yang dihasilkan dan dipasarkan mempunyai tekstur yang lembut dan pasti menyelerakan. Penghasilan produk dijaga sebaiknya di dalam memastikan penghasilan produk berkualiti dan selamat untuk dimakan. Bahan-bahan yang digunakan juga diberi perhatian supaya hasilnya adalah bermutu dan menepati citarasa yang telah ditetapkan.


No comments:

Post a Comment