Beberapa hari lagi bulan mulia, Ramadan akan menjelma. Semoga Ramadan yang bakal dilalui menjadi Ramadan yang penuh keberkatan dan penuh kerahmatan dariNYA. Ramadan adalah bulan yang penuh dengan pelbagai aktiviti kerohanian, siangnya berpuasa dan malamnya dipenuhikan dengan ibadah sunat selain ibadah wajib seperti tarawikh berjemaah, bertadarus Al-Quran dan berqiamullaih. Semoga ibadah yang ditempuhi sepanjang hari di bulan mulia ini akan mendidik kita ke arah insan yang lebih baik.
Emm, kalau tidak, tak beraya la orang yang buat tempahan tu, apatah lagi orang yang sedang menyiapkannya, jawapnya tak cukup tangan nak menghabiskannya. Begitu juga dengan tempahan pelbagai jenis kuih-muih untuk santapan tetamu pada hari lebaran kelak, banyak betul pilihan kuih-muih bila tiba musim perayaan. Tentunya ramai yang sedang berkira-kira, juadah apa untuk dihidangkan kepada tetamu pada hari lebaran tu nanti. Ada yang dah berura-ura untuk membuat tempahan seperti kerepek (isshhh kena tempah jugak, tidak nanti habis), kuih tart (antara favorite bila raya), almond london, pelbagai biskut raya (banyak jenis) dan pelbagai jenis kek. Ketupat, lemang dan rendang dah macam masakan wajib bila tiba musim perayaan.
Sebut pasal tempahan ni, dah banyak ke buat tempahan. Jangan lambat, nanti terlewat, ha.. dah tak diterima lagi,,,emmm melopong pulak nanti... Baju? Duit raya (kena tempah, nanti tak boleh nak tukar duit baru..he he he? Sampul raya (tempah juga...kali ni special kut yer...ada gambar sendiri?)....Ha jangan lupa tempah kuih raya jugak....
Tentang tempah juadah raya ni, nak khabarkan yang kami sedang menerima tempahan untuk kek lapis sarawak untuk musim perayaan ini. Dijangka banyak tempahan akan mula diterima dan tempahan masih lagi dibuka. Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan, bolehlah memberi nama, no telefon dan alamat terlebih dahulu sebelum 5 Ogos dan senarai pilihan kek tempahan hendaklah diserahkan sebelum 10 Ogos. Namun sekiranya banyak tempahan yang diterima maka kami akan menutup tempahan pada 15 Ogos. Ini bagi memberi ruang kepada pihak kami menyediakan senarai tempahan dan penyiapan kek-kek tempahan tersebut. Kalau nak tengok senarai kek yang kami tawarkan, tengok bawah ni...
Bahan-bahan yang digunakan dalam proses pembuatan kek lapis Asian Taste dipastikan bersih, suci dan selamat untuk digunakan. Asian Taste sentiasa memantau proses pembuatan kek ini dalam memberikan keyakinan kepada pengguna. Bahan-bahan utama seperti susu, tepung, gula, marjerin/mentega dan lain-lain diberikan perhatian dan pemilihan bahan yang mendapat pengiktirafan pihak berwajib adalah menjadi keutamaan demi menjaga kualiti kek yang dihasilkan iaitu bersih, suci dan selamat dimakan.
Untuk senarai harga bolehlah email atau hubungi agen yang telah dilantik. Jangan tunggu lagi...buat tempahan anda sekarang. Jangan terlewat. Bagi agen pemasaran kami, peluang untuk anda menambah pendapatan pada musim perayaan ini.
Kami ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Kareem dan selamat beramal ibadat.