Pelbagai Pilihan....Aneka corak dan citarasa

Kini mudah diperolehi...dinikmati....dan penuh rasa memikat...

Monday, July 6, 2015

RAMADHAN 1436H

Selamat Berpuasa Kepada Semua. 

Alhamdulillah kita dipertemukan dengan bulan penuh barakah ini, bulan Ramadan Kareem. Semoga amalan sepanjang bulan ini diterima.



Sempena Ramadhan ini serta sambutan Aidilfitri, kami di Asian Taste ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya.

Seperti yang dimaklumkan, tempahan dan pesanan untuk mendapatkan kek lapis sarawak Asian Taste boleh didapatkan terus dari cawangan Asian Taste di Big A Tune Mall (Klang), Axis Fiesta Mall (Ampang) dan di Seksyen 11 (Shah Alam).

CEPAT!!! Dapatkan kek anda sekarang atau buat pesanan segera bagi mengelakkan sebarang kesulitan kelak. Bagi membantu anda membuat pilihan kek lapis yang disediakan dari dapur kek kami berikut adalah senarai kek yang dikeluarakan selain beberapa kek lain (Hubungi untuk lanjut).


Kami menawarkan harga yang pasti menarik dan lebih menjimatkan. Bagi yang berminat untuk tambah pendapatan hubungi kami untuk INFO dan cara-cara untuk ANDA boleh menambah INCOME dengan Kek Lapis Sarawak Asian Taste.

Kepada semua agen Kek Lapis Asian Taste, pastikan pesanan dibuat awal bagi mengelakkan kelewatan.

Wednesday, January 14, 2015

Pengesahan HALAL

Selamat Sejahtera Semua,

Terima kasih kerana masih lagi bersama dengan Asian Taste. Sokongan tanpa berbelah bagi dari semua rakan amat dihargai.

Beberapa hari yang Asian Taste - Kek Lapis Sarawak telah mendapat berita yang menggembirakan iaitu produk-produk Kek Lapis Sarawak yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh dapur kek lapis Asian Taste telah menerima Sijil Pengesahan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).

MS 1500 : 2009
1097-09/2012

Dengan pengesahan HALAL ini akan memberikan lebih keyakinan kepada pengguna untuk mengguna/mendapatkan produk yang diyakini bersih dan selamat dimakan.

Bagi para agen KLS Asian Taste, anda boleh terus membuat pesanan dengan menghubungi kami untuk mendapatkan / membuat pesanan kek lapis sarawak yang dimasak segar dari dapur kami di Shah Alam.

Wednesday, September 10, 2014

Jom Rasa

Terima kasih kepada pelanggan yang terus setia bersama kami. Kami akan teruskan menghasilkan kek lapis yang bakal memberikan kelainan rasa yang pasti memikat serta menyelerakan.



ANDA bakal melangsungkan perkahwinan..... TAHNIAH!!



Apa kata dapatkan/tempah kek lapis Asian Taste untuk menyerikan lagi majlis ANDA. Boleh dijadikan sebagai hantaran ataupun sebagai buahtangan kepada tetamu yang hadir ke majlis ANDA.

BERMINAT??


JOM!! Dapatkan kek lapis lapis sarawak Asian Taste. Boleh dijadikan sebagai hidangan keluarga, bersama rakan di pejabat mahupun di rumah, juga boleh dijadikan sebagai cenderahati kepada tetamu ANDA.

Tuesday, August 12, 2014

Terima Kasih

Kami ingin merakam berbanyak terima kasih kepada semua pelanggan kami yang telah mendapatkan Kek Lapis Sarawak Asian Taste sepanjang Ramadhan dan AidilFitri. Kami berharap anda berpuashati dengan perkhidmatan kami.


Terima kasih kepada Pn Azian (Putrajaya), Pn Mashitah (Terengganu), Cik Norhayati (PJ), Cik QurratulAin (Sepang), Pn Liza (Subang), Pn Rafidah (Alor Star), Cik Elly (Klang), En Shafei (Shah Alam), En Man (Terengganu), Kak Zu (Klang), serta ramai lagi dan kepada semua pelanggan yang dikasihi.

Kami ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk semua dan maaf zahir batin.




Kami juga ingin mengambil kesempatan ini dengan mencadangkan kepada anda untuk mendapatkan kek lapis sarawak Asian Taste bagi memeriahkan lagi majlis sambutan perayaan anda. Pada mereka yang akan mengadakan majlis rumah terbuka sepanjang perayaan ini bolehlah mendapatkan kek lapis sarawak kami sebagai hidangan kepada tetamu yang hadir atau sebagai 'buahtangan' kepada mereka.

Dapatkan promosi istimewa kami untuk majlis anda. Hubungi kami untuk  maklumat lanjut.

TERIMA KASIH!!!

Wednesday, July 9, 2014

Tempahan & Pesanan Kek Lapis Untuk Musim Perayaan

Selamat Berpuasa kepada semua.

Alhamdulillah kita dipertemukan dengan bulan penuh barakah ini, bulan Ramadan Kareem. Semoga amalan kita sepanjang bulan ini diterima. 



Sempena Ramadan kali ini, Asian Taste sekali lagi membuka peluang kepada semua untuk membuat
tempahan dan pesanan awal untuk kek lapis sarawak yang dihasilkan khas dari dapur kek kami di Shah Alam Selangor. UNTUK INFO!!! Pesanan sudah boleh dibuat sekarang dengan menghubungi terus kami untuk pertanyaan lanjut. 


CEPAT!!! Buat tempahan ANDA segera bagi mengelakan kesulitan kelak.

Bagi membantu anda untuk membuat pilihan kek yang dihasilkan dari oven kami, berikut adalah senarai 10 jenis kek lapis yang mendapat sambutan sepanjang musim perayaan:


BAGAIMANA?? Berminat untuk mendapatkannya?. Hubungi kami untuk mendapatkan senarai harga. Kami menawarkan harga yang pasti menarik dan lebih menjimatkan. Bagi yang berminat untuk menambah pendapatan, hubungi kami untuk info dan cara-cara untuk ANDA boleh menambah income dengan Kek Lapis Sarawak Asian Taste.

Bagi agen-agen kawasan kami, sila pastikan pesanan awal dibuat bagi mengelakan kelewatan.

Wednesday, May 21, 2014

Ramadhan Bakal Menjelang

Ramadhan bakal tiba. Dalam beberapa hari lagi bulan mulia iaitu Ramadhan Kareem akan menjelma. Pasti ramai yang sedang bersiap sedia untuk menyambut bulan penuh keberkatan ini dengan memenuhinya dengan amalan wajib serta memenuhi malamnya dengan amalan sunat tarawikh serta tahajud selain bertilawah al-quran. 

Suasana di sekitar bandaraya kelihatan orang dah mula sibuk untuk menguruskan persiapan menyambut Ramadhan dan seterusnya sambutan Syawal. Ramai yang sudah beria-ia membuat tempahan kain baju, langsir, kuih-muih dan pelbagai lagi dalam memeriahkan sambutan mereka. Ramai yang melakukannya sebelum Ramadhan menjelma dengan harapan pada bulan berkenaan tidak akan berlaku sebarang kesulitan seperti tiada lagi terima tempahan dan belian pada minit-minit akhir menjelang perayaan.

Pada bulan ini jugalah kita lihat pelbagai aktiviti perniagaan mula aktif terutamanya pasar juadah (bazar Ramadhan). Ramai yang ambil kesempatan menambahkan ruang rezeki mereka pada bulan ini dan memang ramai yang berjaya mengumpulkan pendapatan sepanjang bulan ini. Tidak kurang juga rakan-rakan pejabat samaada kerajaan ataupun swasta yang terlibat secara langsung dalam perniagaan bermusim ini dengan mengemukakan cadangan kuih-muih untuk tempahan bulan perayaan. Pelbagai pilihan disediakan (waktu ni lah nak 'test' kuih-muih tu, nanti dah puasa tak boleh nak cuba mana tahu ok ke tidak kuih tu kan). Apa-apa pun kami ingin menasihatkan diri kami juga untuk berbelanja mengikut keperluan.

Seperti musim-musim sebelum ini juga, Asian Taste menawarkan kepada semua untuk membuat tempahan awal untuk Kek Lapis Sarawak. Tempah awal bagi mengelakan sebarang kekecewaan kelak. JOM lihat katalog ini.....


Kami juga ingin menawarkan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi agen kami seterusnya menambahkan pendapatan mereka bolehlah menghubungi kami (017-3097890) untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh memperolehi pendapatan sampingan antara 20% - 40%. Kami sedia membantu anda untuk menjalankan perniagaan ini dan memulakan perniagaan tanpa modal yang pasti memberikan hasil yang lumayan.


Wednesday, February 22, 2012

Katalog Kek 



Pilihlah yang mana satu anda ingin dapatkan. Hubungi kami atau agen untuk mendapatkan keterangan lanjut atau membuat tempahan. Asian Taste juga menerima tempahan untuk kek lapis ini dijadikan sebagai hantaran untuk majlis pertunangan atau perkahwinan atau dijadikan sebagai cenderahati kepada tetamu.
Asian Taste juga bakal mengeluarkan pelbagai jenis kek yang lain di dalam memberi peluang kepada semua untuk menikmati kek-kek yang bermutu pada harga yang berpatutan dan mudah untuk diperolehi. Anda juga boleh dapatkan atau menikmati kek yang dihasilkan menerusi rangkaian restoran Asian Taste. Layari www.theasiantaste.com untuk keterangan lanjut berkenaan lokasi restoran Asian Taste. Anda juga boleh menjamu selera dengan menu istimewa seperti laksa sarawak, mee kolok, nasi lemak dan ice-cream dengan kek lapis sebagai juadah pembuka selera.